Sunday, September 30, 2012

fed-up

Assalamualaikum, aku cuma nak cakap yang aku ni tak berapa pandai. Tapi kenapa orang lain nak rendahkan diri aku, kutuk aku, permainkan aku. Aku dah penat lalui semua benda ni, aku rasa tak dihargai orang lain semua pandang rendah lagi-lagi budak sains budak kelas atas semua ahh, sukahati diorang je nak kutuk budak kelas bawah macam aku ni. Aku salahkan sekolah bodoh tu, masa form 2 result last exam aku okay, patutnya aku duduk kelas yang pandai juga ahh time form 3. tapi sekolah pergi campak aku kelas belakang, aku pun panas gila bengang nak mampus, sumpah time tu aku takda semangat nak belajar, budak-budak kelas tu pun macam apa ntah. Ada dua tiga orang je budak yang sama nasib macam aku, diorang pun bengang juga ahh. Disebabkan hati aku sakit, penat, tak semangat, jadi aku pun main-main tak belajar sepanjang form 3 akhirnya keputusan PMR aku teruk sangat, dan saat form 4 sekarang aku dicampak ke kelas perdagangan, kelas yang dipandang rendah, dimaki, dihina oleh orang yang cerdik dan bijaksana. Diorang ingat diorang siapa nak kutuk orang yang kurang pandai macam aku ni,  ada sorang manusia je yang tak pernah kutuk aku walaupun aku kurang pandai, aku kelas perdagangan iaitu Abah aku. Dia je lahh yang baik kot dengan aku.